F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Hukum Pemakaian Contact Lens
Assalamualaikum w.b.h

malam nih zatil nak share skit tentang hukum pemakaian contact lens..
bagi orang lain mungkin berbeza dgn pendapat zatil..
selama nih zatil tngok gmbar orang lain penuh dekat FB sbb tujuan utk menunjukkan mata mereka..
ada yang mata sedang2 ja..tapi pakai contact lens..

pastu buat caption "bulat x mata kami"
orang komen "wauu..hotsuff"
"segak"
"ciptaan tuhan terlalu cantik"

tapi sejak zatil tngok gambar kawan zatil pakai contact lens sesaja dan tujuan seperti dia atas..
hanya nak tunjuk dekat orang yang mata depa cantik..
zatil sebagai kawan perlu mnegur dia..memandangkan dia hanya sekolah menengah biasa yg pernah zatil duduki sblum pindah ke SMKAY..
biasalah..bdk SMK biasa..ada yg sosial dan mungkin ada sebilangan yang x tahu hukum sesuatu perkara..
zatil rasa sememangnya tanggungjawab zatil untuk menegur dia..

tapi..takut akan dia terasa..zatil hanya menulis status bertujuan untuk nasihat..
semoga dia terasa dan berubah..mungkin dia akan kata 

"hang buat alim pa..tau la sekolah agama pon..ikut suka aku la..mak aku pon x marah..hang buat pulon"
mungkin sahaja..tapi zatil berharap tidak



Tak boleh buat mainan sebarangan. Kali ini zatil nak share hukum pemakaian contact lens kerana sekarang makin ramai yang pakai contact lens. Adakah pemakaian contact lens satu keperluan atau kehendak? Dan bagaimanakah hukumnya disisi agama Islam?

cara pakai contact lens
Contact Lens
Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat atau puasa. Adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan:
Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

contact lens berwarna yang menarik
Contoh contact lens berwarna-warni


3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Penambahan;


Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

Kepada kawan-kawan, renung-renungkanlah. Bertindaklah sewajarnya sebelum terus hanyut dengan keindahan dunia semata-mata.






Skian..wasalam
muahahaha ♥ less than three..


0 comment[s] | back to top